TANGGA TERPANJANG DI DUNIA YAANG SERAM


 Terletak di Pulau St Helena, Jacob's Ladder merupakan tarikan popular di Jamestown. Ia dikenali sebagai tangga lurus terpanjang di dunia. Ia dibina pada 1829 sebagai pesawat untuk kereta sorong untuk mengangkut barang-barang dari pusat bandar kawasan penanaman. 


Ia juga digunakan untuk pengangkutan keluar baja bandar. Hari ini, ianya digunakan oleh anak-anak tempatan sebagai slaid dan pelancong asing. Walaupun menjadi satu tarikan yang diketahui Jamestown, dan dibuka pada waktu malam, tiada pelancong boleh mendaki tangga sampai ke anak tangga yg ke 699. 

Bukan sahaja kerana anak tangga yang agak tinggi, tetapi juga kerana di beberapa tempat anak tangga tiada pagar, menjadikan sukar bagi sesetengah orang untuk meneruskan mendaki dan memandang ke bawah.

BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG? BACA FAKTA MENARIK INI!!


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! 

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak. 

3. HUBUNGAN SECARA SULIT Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang! 

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat! 

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA? Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain! 

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan. 

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan! 

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN" Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita ! 

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA! 

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...

KLINIK DI NEGARA INDIA


Korang pernah pergi klinik ? Selepas korang masuk bilik doktor tu , nanti doktor akan suruh ambil ubat kat kaunter farmasi kan ? tapi cuba bayangkan kalau suasana/keadaaan kaunter farmasi tu seperti gambar di bawah ni , agak-agak korang berani ke nak makan ubat yang doktor tu bagi ?


AGAK-AGAKNYA APA YANG WANITA INI BAWA


Seorang wanita membawa 20 kaki (6m) panjang beg plastik yang diisi dengan gas asli (gas memasak) di Bingzhou, Shandong. 


Penduduk tempatan mengepam gas asli daripada lombong minyak berdekatan untuk kegunaan harian mereka. 

Tak boleh nak bayangkan bila meletup tiba-tiba.

RESTORAN GAJIKAN DUYUNG BUAT SHOW


Di Sacramento, California, satu bar di buka bertemakan ikan duyung, tapi bukan ikan duyung betul-betul ye , mana nak cari kan. hehe . Cuma gadis berpakaian ikan duyung yang berenang-renang macam ikan duyung.  Jom tengok di sebalik tabir..





RAKYAT JERMAN "KUNCI" CINTA DIPAGAR


Beribu - ribu kunci mangga telah di kunci boleh dilihat dilekatkan pada pagar di seberang jambatan Hohenzollornbruecke di Cologne , Jerman. 





Fenomena yang dikenali sebagai kunci cinta (PADLOCKS LOVE) ,yang dipercayai berasal dari Itali, merupakan satu 'vandelisma' dimana beribu-ribu pasangan meguncikan kunci mangga yang mengandungi nama pasangan kat situ, kononnya sebagai lambang cinta agung. 


Menurut Wikipedia, 'kunci cinta' telah wujud sekian lama , di Eropah, 'kunci cinta' dikatakan bemula pada tahun 2000 dan di Rom, upacara ini di jambatan Ponte Milvio dikatakan ada hubungkait dengan buku 'I Want You' yang di tulis oleh Federico Moccia yang kemudian di jadikan cerita dalam filem Ho Voglia Di Te.

PESTA TOMATO YANG "BASAH"



Setiap rabu minggu terakhir di bulan ogos di Townfolk Bunol, Sepanyol, lebih 20 ribu penduduk tempatan dan pelancong akan megadakan satu pesta membuang tomato, Lebih 100 tan tomato merah di lempar, di hancurkan dan di campak ke jalanan. 

Purata 20 ribu ke 40 ribu pelancong yang meraikan hari 'gila' tersebut . Sedikit sejarah festival ni aku nak kongsikan, acara ini bermula pada tahun 1944, pada masa tu , beberapa pemuda mengambil tomato dan melemparkan pada orang awam, dan acara itu dilakukan tiap-tiap tahun berikutnya hinggalah secara tak rasmi menjadi festival rasmi di sana.

Dan pada 1959 , akhirnya festival ini diluluskan oleh pihak bandar dan menjadi acara tahunan dan mampu menarik pelancong ke Sepanyol.