GADIS SUNTI DI ROGOL


MIRI - Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, malam tadi. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pukul 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun. 

Ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia, katanya kepada Bernama, di sini. Menurut Tian Kee remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di bahagian belakang rumah.

"Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya," kata Tian Kee. Beliau berkata suspek yang dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur, kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis. - Bernama

LAGI BUKTI KEWUJUDAN DINASOUR DITEMUI


Agentina - Sebuah fosil dinasour dipercayai milik dinasour terbesar pernah hidup di muka bumi ini ditemui oleh sekumpulan paleontologist yang sedang melakukan proses cari gali di kawasan tersebut.


Menurut pakar paleontologi, fosil tersebut merupakan spesis dinasour  herbivor terbaru yang dinamakan sebagai Titanosour.

Dinasour tersebut seberat 77 tan bersamaan dengan 14 ekor gajah dewasa dan 7 tan lebih berat daripada pemegang rekod sebelum ini iaitu Argentinosaurus.

BUAYA DITEMUI DI SUNGAI KLANG


PETALING JAYA: Seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Fadhlan HelangPutih mendakwa telah merakam kelibat seorang buaya di Sungai Klang pada Ahad lalu. Pendedahan itu dibuat selepas individu tersebut mendakwa berjaya merakam kelibat buaya semasa berhenti di laluan motosikal Lebuhraya Shah Alam (Kesas) semasa dalam perjalanan dari Klang ke USJ. 

Dalam entrinya, Fadhlan HelangPutih mendakwa, rakaman itu dibuat pada pukul 2.50 petang (14.50) dengan disaksikan oleh empat penunggag motosikal lain. "Pernah drgr (dengar) org kata sg.klang ada buaya tapi aku tak caye (percaya).... Erm... Skrg sendiri yg lihat..... Uh!!!!! Benar rupanya...... "Kebetulan naik moto (tunggang motosikal) dari klg (Klang) nk ke usj... Namapak (nampak) penungang lain jegok2 bawah tu... Try ar jegok nampak ekor binatang berenang2 masuk bawah jembatan tapi ekor tu aku yakin buaya... "Jd ambik fon.. G (pergi) ke sebelah jembatan... Yes!! Dapat rakam.... Erm... Hope korg sebarkan video ni kerna jgn pula ada anak2 atau sesiapa yg sangkan," jelasnya dalam entri tersebut. 

Entri lelaki yang tinggal di Klang itu kemudian mendapat sebanyak 2,225 kongsi (share) dan tujuh komen daripada rakan-rakanya sehingga pukul 10.30 pagi Khamis.

SUKAN PELIK SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN


Suami akan membawa isterinya di punggung dan berlari melalui berbagai rintangan khusus yang disediakan. “Isteri” yang digendong ternyata bukan semestinya isteri yang benar, isteri sebenar boleh, jiran, boleh, siapa saja. 

Yang jelas akan ada perlumbaan sepanjang 250 meter, dengan dua halangan lompat dan dua halangan air. Jika ‘isteri’ anda jatuh, berarti anda mendapat hukuman selama 15 saat. Yang jelas, Dennis Rodman yang pernah main di NBA-Chicago Bulls pernah ikut berlumba seperti ini. 

Awalnya sebagai suka-suka, tapi makin lama makin popular dan akhirnya jadi perlumbaan khusus seperti ini. Seperti namanya, seorang suami harus memikul isterinya melewati berbagai medan termasuk lumpur, air, dan halangan-halangan lainnya. 

Hadiah bagi pemenangnya adalah bir sebanyak berat isterinya. Sukan ini berasal dari Finland dan terinspirasi dari cerita-cerita sejarah. Suatu legenda di abad 19 menyebutkan bahawa pernah orang-orang mencuri para isteri dari desa-desa jirannya. Ada juga yang menyebutkan untuk membentuk perajurit handal sebagai pembuktiannya adalah dengan memikul karung-karung yang berat.

WANITA MENERIMA HUKUMAN BERAT


Lahore: Seorang wanita berusia 25 tahun direjam sehingga mati oleh keluarganya di perkarangan sebuah mahkamah terkemuka Pakistan semalam kerana mengahwini lelaki yang dicintainya. (Gambar Hiasan)

Menurut pegawai kanan polis, Umer Cheema, wanita malang itu, Farzana Iqbal sedang menunggu Mahkamah Tinggi Lahore dibuka apabila sekumpulan lelaki mula merejamnya dengan batu. Bapa, dua abang dan bekas tunangnya adalah antara yang melakukan serangan itu. 

Farzana cedera parah di kepala dan meninggal dunia di hospital. Semua suspek kecuali bapanya melarikan diri selepas kejadian itu. Dia mengaku membunuh anaknya dan menjelaskan pembunuhan itu dilakukan kerana menjaga maruah keluarga.

AAKIBAT MELANGGAN PELACUR, TERKENA JANGKITAN HIV LALU TERJUN BANGUNAN


KOTA BHARU- Seorang lelaki warganegara Myanmar maut selepas nekad melarikan diri dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dengan menggunakan kain cadar hospital di sini pagi kelmarin. Lelaki terbabit yang merupakan pendatang tanpa izin ditemui orang awam tertiarap di belakang bangunan hospital berkenaan kira-kira jam 7.05 pagi.  (Gambar Hiasan)

Sebelum kejadian, pada jam 4 pagi, mangsa Mohamed Hashim, 43, dipercayai cuba melarikan diri dengan menggunakan cadar yang diikat untuk turun melalui tingkat tiga tempat dia menerima rawatan di hospital itu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa telah dimasukkan ke salah sebuah wad di hospital berkenaan sejak Mei lalu selepas disahkan menghidap penyakit Tibi serta positif HIV. 

Menurut beliau, mangsa dipercayai cuba melarikan diri dengan menggunakan kain cadar yang diikat untuk turun ke bawah bangunan hospital, bagaimanapun cadar itu telah terputus. “Akibatnya, lelaki berkenaan telah terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian muka serta kepala.

“Mangsa telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan memasuki ke negara secara haram dan ditahan di Depoh Imigresen, bagaimanapun dia kemudian dimasukkan ke hospital atas faktor kesihatan,`` katanya di sini. Beliau berkata, mangsa di bawah penahanan Jabatan Imigresen dan menunggu pengusiran. 

Azham memberitahu, sebelum kejadian jururawat yang datang untuk memeriksa tekanan darah dan suhu badan mangsa mendapati dia berada di wadnya kira-kira jam 4 pagi namun bertindak melarikan diri selepas diperiksa tekanan darahnya.

PUKUL ISTERI DENGAN KEMALUAN PALSU


KUALA TERENGGANU - Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memukul kepala dan badan isterinya menggunakan kemaluan palsu. Mohd Zulkarnain Ismail, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Che Alirawati Che Abdullah, 36, jam 7.15 petang pada 21 Mei lalu di kediaman di Jalan Surau Haji Daud. 

Tertuduh yang beralamat di Kampung Batu 6, Chendering bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan meminta dibicarakan. Majistret Rozianti Mohd Hanaphi menetapkan tarikh 16 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh dijamin sebanyak RM4,000 oleh seorang penjamin. 

Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, tertuduh didakwa memukul menggunakan kaki dan tangan dan menghantukkan kepalanya ke kepala pengadu serta memukul kepala dan badan pengadu menggunakan sebatang zakar palsu di hadapan anak-anak. 

Kesan pukulan itu menyebabkan isterinya mengalami sakit pada badan dan bengkak di kepala. Selepas kejadian, isterinya kemudiannya bertindak melarikan diri sebelum terserempak kereta peronda polis dan meminta bantuan anggota polis untuk membawanya ke balai polis berdekatan. Berdasarkan fakta kes, kejadian itu berpunca daripada tindakan isterinya yang tidak boleh menerima gurauan tertuduh yang meletakkan zakar palsu di punggungnya ketika tidur. 

Menurut isterinya, sebelum ini, suaminya yang juga seorang penagih dadah sering memukulnya jika berlaku pertengkaran. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu. Tertuduh ditahan jam 4.45 pagi pada 22 Mei lalu di kediamannya dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine. Pendakwaan dikendalikan Inspektor L Rathna.

Isteri kena belasah gara-gara kunci rumah.

Hanya kerana meminta kunci rumah kerana ingin ke tempat kerja, seorang wanita dimaki hamun selain dibelasah suaminya yang panas baran di kediaman mereka di Jinjang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun itu yang sedang mendukung anak lelaki mereka berusia tujuh bulan meminta kunci daripada suaminya 30-an selepas melihat pintu berkunci.

Menurut sumber, bagaimanapun tiba-tiba lelaki itu memarahi mangsa dan menuduhnya membuat bising namun dinafikan wanita terbabit yang memberitahu dia hanya meminta kunci daripada suspek.

“Tiba-tiba lelaki terbabit terus memukul kepala mangsa beberapa kali sehingga pukulannya itu turut terkena anak mereka menyebabkan bayi itu menangis.

“Selepas melihat anaknya menangis barulah suspek berhenti memukul dan terus keluar rumah tanpa mempedulikan mangsa,” katanya.

Urut dan seks di Bandar Puteri Puchong berleluasa.

Sebuah rumah urut di Bandar Puteri Puchong yang menyediakan perkhidmatan seks dan urut batin di dalam khemah diserbu lagi buat kali kelima petang semalam.

Kali ini, serbuan jam 4.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri Selangor yang menahan lima wanita warga Thailand dan Vietnam termasuk dua wanita tempatan. 

Semua wanita yang berusia antara 20 hingga 30 tahun dipercayai bekerja sebagai pelacur di premis berkenaan. Menurut Timbalan Penolong Pengarah Operasinya Othman Montil, ketika serbuan terdapat beberapa orang pelanggan yang sedang beraksi di dalam khemah yang disediakan rumah urut itu.

“Premis itu baru memulakan operasi hariannya kira-kira jam 4 petang dan ketika diserbu ada beberapa pelanggan yang sedang ‘memadu asmara’ dengan pelacur yang dilanggan.

“Pemeriksaan mendapati setiap bilik dibekalkan khemah rekreasi dilengkapi tilam kepada pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti urutan badan ke badan (B2B) dan seks dengan bayaran RM155,” katanya.