Isteri kena belasah gara-gara kunci rumah.

Hanya kerana meminta kunci rumah kerana ingin ke tempat kerja, seorang wanita dimaki hamun selain dibelasah suaminya yang panas baran di kediaman mereka di Jinjang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun itu yang sedang mendukung anak lelaki mereka berusia tujuh bulan meminta kunci daripada suaminya 30-an selepas melihat pintu berkunci.

Menurut sumber, bagaimanapun tiba-tiba lelaki itu memarahi mangsa dan menuduhnya membuat bising namun dinafikan wanita terbabit yang memberitahu dia hanya meminta kunci daripada suspek.

“Tiba-tiba lelaki terbabit terus memukul kepala mangsa beberapa kali sehingga pukulannya itu turut terkena anak mereka menyebabkan bayi itu menangis.

“Selepas melihat anaknya menangis barulah suspek berhenti memukul dan terus keluar rumah tanpa mempedulikan mangsa,” katanya.

0 comments:

Post a Comment